Kawasan pejabat Kuala_Lumpur_Sentral

Bahagian selatan Kuala Lumpur Sentral telah menyaksikan penambahan mendadak bangunan komersil dan awam sejak tahun 2001.Plaza Sentral dan kawasan sekitarnya terletak KL Sentral pada awal tahun 2013.

Kawasan pejabat di KL Sentral meliputi lebih 50% tanah pembangunan. Diharapkan bahawa KL Sentral bakal menjadi hab perniagaan dan kewangan Kuala Lumpur.

Lot A: Ibu Pejabat CIMB

Lot A bakal dijadikan ibu pejabat baru Kumpulan CIMB. Syarikat tersebut telah membeli tanahnya pada bulan Julai 2008, dan pembinaan dijangka siap menjelang tahun 2011 dengan ruang pejabat seluas 600,000 ka2 (56,000 m2).[8]

Lot M: Plaza Sentral

Lot M atau Plaza Sentral ialah kompleks pejabat yang terletak di barat KL Sentral. Kompleks ini disiapkan dalam dua peringkat:

  • Fasa I siap pada bulan Jun 2001, terdiri dari tiga blik yang meliputi keluasan lantai kasar 785,000 ka2 (72,900 m2). Plaza Sentral yang menawarkan ruangan pejabat berprestij ini cepat disapu oleh syarikat tempatan mahupun luar negara yang berazam untuk menikmati kemudahan bekerja di KL Sentral.
  • Fasa II dilancarkan pada bulan September 2003 berikutan peningkatan permintaan untuk ruang pejabat mewah, kini juga habis dijual. Bangunan yang terdiri daripada dua buah bangunan yang masing-masing ada 18 dan 26 aras, dibahagi kepada empat blok dan meliputi keluasan lantai kasar 879,381 ka2 (81,697.2 m2), disiapkan pada tahun 2006. Antara penghuni-penghuninya yang terkemuka termasuk British Telecom dan Maxis Communications.
  • Sentral Tower, bangunan pejabat 30 aras dijual kepada Lembaga Tabung Haji pada harga RM161.46mil pada Mac 2004.

Lot J: Sooka Sentral & 4 Menara Pejabat

Lot J ialah cadangan pembangunan empat bangunan pejabat 35 tingkat yang seiras seni binanya.

Lot J dijual kepada United Engineers (M) Bhd (UEM) pada Mei 2005 dan dirancangkan empat buah bangunan. Menara A sedang dibina oleh UEM untuk dijadikan ibu pejabat korporat pada keluasan lantai kasar 1,300,000 ka2 (120,000 m2). Menara B akan menempatkan pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Menara C dibina oleh Quill Realty Sdn Bhd dan dijual kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk dijadikan ibu pejabat. Akhir sekali, Menara D adalah sebuah bangunan pejabat yang dibina oleh Quill. Pembinaan menara pejabat dijangka siap pada suku pertama 2009.[9]

Satu pembangunan yang dinanti-nantikan di Lot J adalah pusat gaya hidup enam tingkat seluas 180,000 ka2 (17,000 m2) yang akan menempatkan pusat kecergasan dan spa, pusat perniagaan, medan selera, restoran dan kemudahan makan di tempat terbuka. Pembangunan ini, yang dipanggil Sooka Sentral, dibuka pada Disember 2007. Salah satu kedai yang dibuka adalah kelab Centro[10]

Lot N: 1 Sentral Tower

1 Sentral Tower ialah sebuah bangunan pejabat yang berkeluasan lantai kasar 453,000 ka2 (42,100 m2). Pembinaannya disiapkan pada tahun 2007 untuk menempatkan syarikat-syarikat seperti PricewaterhouseCoopers, MRCB dan General Electric.

Lain-lain

Lot B telah dicadangkan untuk dibangunkan sebagai presint kewangan KL Sentral. Tiada pembinaan telah berlaku.

Lot F dirancang untuk blok pejabat masa depan. Pada masa ini, asas yang digunakan untuk sebuah pusat pameran perabot dan pusat Makanan dan Minuman (F&B).

Rujukan

WikiPedia: Kuala_Lumpur_Sentral http://www.japantoday.com/category/travel/view/sta... http://www.kliaekspres.com/travel-with-us/flight-c... http://mrcb.listedcompany.com/misc/ar2007.pdf http://www.semasaparking.com/our-projects/ http://www.stesensentral.com http://www.venusbuzz.com/archives/66047/first-look... http://www.yapthomas.com/?p=343 http://www.ejrcf.or.jp/jrtr/jrtr35/pdf/f21_moh.pdf... http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/Wedne... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d...